Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

110 peserta mengikuti program  Pekerja Bebas Dadah

3:55pm 14/12/2015 Dewiana Tinggolongon 21 views Kota Kinabalu,Tempatan
Datuk Abidin Madingkir, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu menyampaikan sijil penghargaan kepada Dr. Norhayati Nordin, Pengarah Hospital Mesra Bukit Padang Kota Kinabalu semasa Program CEKAP: Pekerja Bebas Dadah di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. Turut hadir ialah Datuk Yeo Boon Hai (kanan), Ketua Pengarah DBKK merangkap Pengerusi PEMADAM Bandaraya Kota Kinabalu dan Joannes Solidau (kiri), Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) DBKK.- Foto DBKK

KOTA KINABALU- Seramai 110 orang peserta mengikuti program cekap:Pekerja Bebas Dadah pada hari ini.

Program  selama setengah hari itu merupakan kerjasama diantara Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAM Bandaraya Kota Kinabalu, dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir berkata, program seumpama itu penting untuk warga kerja DBKK yang banyak terdedah kepada faktor luaran dalam menjalankan tugas.

“Hospital Mesra Bukit Padang adalah rombogan terdiri daripada doktor pakar dan Pegawai Perubatan yang diketuai oleh Dr.Norhayati Nordin yang bermurah hati untuk meluangkan masa menganjur bersama program ini demi kebaikan warga bandaraya,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap Sempena Program Cekap:Pekerja Bebas Dadah di sini hari ini (Isnin).

Abidin berkata, program khusus yang diadakan itu adalah khas untuk warga DBKK sendiri Tempatan  dan DBKK merupakan Pihak Berkuasa Tempatan yang menganjurkan program komprehensif seperti itu.

Beliau berharap, para peserta dapat menimbah pengetahuan dan mengaplikasikannya dalam menjalankan tugas seharian.

Katanya, persediaan dalam menangani unsur-unsur kegiatan negatif perlu dihindari dan DBKK sentias prihatin terhadap unsur negatif yang boleh mempengaruhi prestasi kerja.

“Kita kenali unsur-unsur negatif dan seterusnya jauhilah faktor-faktor yang mendatangkan mudarat kepada diri sendiri agar tidak menjejaskan jabatan masing-masing,” ujarnya.

Menurut beliau, setiap warga DBKK perlu menonjolkan penampilan baik ,amanah dan telus dalam menjalankan tugas.- Oleh Dewiana Tinggolongon / sayangsabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan