Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

11 RUMAH MUSNAH DALAM KEBAKARAN DI KENINGAU

Kebakaran di Kampung Lingkudau, Keningau. Gambar SNT/Ehsan BBP

KENINGAU: Sebanyak 11 buah rumah musnah dalam kebakaran di Jalan Lingkudau Taman Berangi Keningau, di sini.

Jurucakap bomba memberitahu, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 7.31 petang tadi.

“Pasukan bomba mengalami masalah mendapatkan bekalan air di lokasi.

“Namun, api berjaya dikawal pada pukul 9.37 malam oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau.

“Tiada mangsa terbabit dalam kebakaran itu,” katanya dalam kenyataan hari ini. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan