Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

11 premis terima watikah ‘Premis tanpa Sampah’

Haji Hamsan (depan, lima dari kiri) bersama wakil premis yang menerima watikah pengiktirafan ‘Premis Tanpa Sampah’.
Haji Hamsan (depan, lima dari kiri) bersama wakil premis yang menerima watikah pengiktirafan ‘Premis Tanpa Sampah’.

SANDAKAN- Sebanyak 11 premis menerima watikah ‘Premis Tanpa Sampah’ dari Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dalam satu majlis di Wisma Perbandaran Sandakan di sini pada Khamis.

Ia termasuk Bank HSBC, SRJK (C) Chi Hwa, SM Yu Yuan, SK Merpati, SM Tiong Hua, SMK Tinusa 2, Lembaga Hasil Dalam Negeri Sandakan, SMK Gum-Gum, Hotel Sandakan, Public Bank Prima Square dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Pertanian Lestari.

Majlis penyampaian watikah telah disempurnakan oleh Timbalan Presiden MPS, Haji Hamsan Awang Supain. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Unit Kebersihan Awam MPS, Lily Aw.

Watikah itu merupakan pengiktirafan kepada premis berkenaan yang memberi komitmen tinggi dan kerjasama dengan MPS untuk memastikan kawasan sekitar premis berada dalam keadaan bersih dan kemas.- AA/ SyanagSabah

Komen


Berita Berkaitan