Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

11 PATI ditahan di Tawau

OPERASI bersepadu yang dijalankan di kawasan setinggan dan rumah pekerja di daerah Tawau. - Foto Abdul Rahemang Taiming
OPERASI bersepadu yang dijalankan di kawasan setinggan dan rumah pekerja di daerah Tawau. – Foto Abdul Rahemang Taiming

TAWAU: Jabatan Imigresen menahan 11 individu, termasuk seorang wanita pendatang asing tanpa izin (PATI) di beberapa lokasi di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) di sini, awal pagi tadi.

Operasi bersepadu bermula jam 10 malam hingga jam 2 pagi diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Mohd Sharifuddin Salim itu tertumpu di penempatan setinggan berhampiran Taman Gemilang, Jalan Sin Onn, Jalan Tiku, Taman Semarak dan rumah pekerja di Jalan Stesen TV.

Semua PATI yang berumur antara 18 hingga 44 tahun itu adalah sebahagian daripada 151 individu yang diperiksa dalam operasi itu.

“Mereka ditahan selepas gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah dengan sembilan daripada PATI adalah warga Indonesia manakala selebihnya warga Filipina,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. – BH Online

Komen


Berita Berkaitan