Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

11 orang pelatih iGROW Sabah berlepas ke Perak

2:21pm 03/05/2016 Elezebeth Esther Onjining 42 views Pendidikan,Tempatan
Kenangan... Kurup (enam dari kiri) bersama para pelatih iGROW dan ibubapa mereka.

Kenangan… Kurup (enam dari kiri) bersama para pelatih iGROW dan ibubapa mereka.

KOTA KINABALU- Seramai 11 orang belia dan beliawanis Sabah terpilih menjalani latihan kemahiran secara percuma menerusi program latihan bidang pertanian dan asas tani di Pusat Latihan Institusi Agro Usahawan (iGROW) Kg. Gajah, Perak.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup, program tersebut merupakan salah satu usaha Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) untuk membantu para belia yang tidak berpeluang untuk meneruskan pembelajaran mereka ke peringkat lebih tinggi.

“Saya menggalakkan para belia untuk menyertai kursus tersebut kerana ini membolehkan mereka dapat meneruskan pembelajaran mereka.

“Program ini juga merupakan satu pendekatan kerajaan melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional (JPNIN) untuk mempromosikan budaya negeri Sabah di samping mempelajari budaya negeri- negeri lain di Semenanjung Malaysia,”katanya

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sempena majlis pelepasan pelatih- pelatih iGROW Sabah kumpulan kedua di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, disini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata bahawa kesemua pelatih yang terpilih adalah berdasarkan minat mereka terhadap bidang pertanian dan bukannya kelayakan akademik semata- mata.

“Di kalangan kita ini, mungkin terdapat beberapa individu yang kurang cemerlang dalam akademik mereka tetapi mempunyai idea-idea yang bernas dalam bidang tersebut… Bakat dan kemampuan seperti ini yang kita cari dan hendak digunakan,”katanya.

Kurup turut menasihati para pelatih agar sentiasa menjaga diri dan tidak melibatkan diri dalam gejala – gejala sosial.

“Para pelatih perlu memikirkan perasaan ibu bapa di kampung yang berasa risau akan keselamatan anak- anak mereka. Oleh itu, para pelatih perlu menjauhkan diri daripada gejala sosial,”tegasnya.

Terdahulu, seramai 18 orang belia dan beliawanis bagi kumpulan pertama dilepaskan pada Februari lalu.

Hadir sama, Ketua Pemuda PBRS, Matusin Bowie, Ketua Wanita PBRS Zainon Hj. Kayum Khan dan Setiausaha Politik Tan Sri Joseph Kurup, Richard Kastum.-Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan