Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,791

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

11 lagi mangsa serangan udara

9:00am 15/07/2016 Pak Roshan 1 views Global
PENDUDUK dan petugas sukarelawan berusaha mencari mangsa yang mungkin tertimbus dalam runtuhan bangunan selepas serangan udara di bandar Ariha di wilayah Idlib, semalam. - Reuters

PENDUDUK dan petugas sukarelawan berusaha mencari mangsa yang mungkin tertimbus dalam runtuhan bangunan selepas serangan udara di bandar Ariha di wilayah Idlib, semalam. – Reuters

Beirut: Sekurang-kurangnya 11 orang awam, termasuk tiga kanak-kanak terbunuh dalam serangan udara yang menyasarkan sebuah bandar yang dikuasai kumpulan penentang di wilayah Idlib, barat laut Syria.

Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Syria (SOHR) berkata, setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada serangan di bandar Ariha itu dilakukan oleh tentera kerajaan atau pesawat tentera Russia.

Ariha dikuasai oleh Tentera Penakluk, kumpulan penentang yang bergabung dengan pakatan penentang rejim Syria, termasuk Barisan Al-Nusra.

Rakaman video yang dimuat naik oleh aktivis menunjukkan kesan serangan itu dengan penduduk dan petugas pertahanan awam menyelongkar sisa runtuhan bangunan untuk mencari mangsa yang terselamat.

Idlib sering menjadi sasaran serangan udara tentera yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad dan tentera Russia.

Dalam kejadian lain, SOHR berkata, sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh di bandar Rastan di Homs, wilayah tengah Syria.

Lima daripada mereka mati dalam serangan udara yang menyasarkan sebuah pasar.

Sementara itu, jet pengebom dipercayai milik Russia menyerang sebuah kem pelarian di timur laut Jordan yang bersempadan dengan Syria, menyebabkan 12 orang awam terbunuh.

Kumpulan penentang di kawasan berkenaan berkata, beberapa jet yang terbang rendah melancarkan serangan di kem sementara itu, tempat ratusan pelarian Syria, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak terkandas di sebelah sempadan Syria. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan