Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sebanyak 11 kenderaan disita

Polis Trafik membuat pemeriksaan terhadap kenderaan yang ditahan dalam operasi itu.
Polis Trafik membuat pemeriksaan terhadap kenderaan yang ditahan dalam operasi itu.

KOTA KINABALU – Sebanyak 11 buah kenderaan disita polis atas pelbagai kesalahan lalulintas dalam operasi Samseng Jalanan dan Mabuk yang dijalankan di sekitar bandaraya ini semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner M.Chandra berkata, semua kenderaan tersebut disita di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kesemua kenderaan terbabit dibawa ke Ibupejabat Kontinjen Polis Kepayan untuk siasatan sebelum diserahkan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, operasi yang diadakan di Jalan Coastal, Jalan UMS – Sulaman dan Jalan Kepayan Lintas itu turut mengeluarkan tujuh saman Pol 257 kepada pemamdu lain atas kesalahan lalulintas.

Selain itu, lima orang pemandu lagi ditahan di bawah Sekyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, selepas ujian mendapati suspek memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had dibenarkan.

“Sebanyak 35 buah kenderaan diperiksa secara teliti iaitu 19 buah motokar, 5 kenderaan pacuan empat roda dan 11 motorsikal dalam operasi yang bermula jam 11.30 hingga 5.00 pagi,” katanya lagi.

Seramai lima pegawai dan 21 anggota Polis Trafik terlibat dalam operasi yang menyaksikan seramai 40 orang yang terdiri daripada 35 lelaki dan lima wanita menjalankan pemeriksaan.
– Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

SITA... Antara kenderaan yang disita oleh pihak berkuasa kerana kesalahan lalulintas.
SITA… Antara kenderaan yang disita oleh pihak berkuasa kerana kesalahan lalulintas.

Komen


Berita Berkaitan