Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

11 bandar dinaiki air lepas ribut

DUA wanita berpegang tangan meredah angin kencang akibat Ribut Tropika Linfa yang turut menyebabkan payung mereka terbalik.
DUA wanita berpegang tangan meredah angin kencang akibat Ribut Tropika Linfa yang turut menyebabkan payung mereka terbalik.

Manila: Bandar di utara Filipina dinaiki air selepas Ribut Tropika Linfa melanda kepulauan itu, semalam.

Anggota bantuan berada dalam keadaan bersiap sedia bagi menghadapi bencana.

Ketua pertahanan awam di wilayah itu, Chito Castro berkata, sekurang-kurangnya 11 bandar di pinggi pantai terjejas oleh banjir dan air sungai yang melimpah sebaik ribut Linfa melewati kawasan itu.

“Hujan dan angin kuat. Jalan-jalan utama dinaiki air. Beberapa rumah sudah mula dinaiki air, ada juga yang sudah tenggelam sepenuhnya,” katanya.

Sehingga kini tiada kecederaan mahupun kematian dilaporkan, namun dia mengakui ini mungkin kerana semua pihak masih memfokuskan terhadap usaha bantuan. Ribut kuat menjejaskan komunikasi.

Ribut berkenaan membawa angin maksimum 120 kilometer sejam dan bergerak ke arah barat laut sembilan kilometer sejam sebelum melencong ke utara dan bergerak ke Luzon, petang semalam.

Menurut ketua pertahanan awam negara Alexander Pama, mereka sudahpun membuat persediaan yang sewajarnya untuk berdepan kemungkinan jika terpaksa melakukan pemindahan besar-besaran. – AFP/HMetro

Komen


Berita Berkaitan