Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

11 atlet Sabah dikuarantin

PENGERUSI Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pembangunan Modal Insan negeri, Howard Lee pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar bersama semua ketua kontinjen negeri di Ipoh, hari ini. – Foto Razif Rosli

 

IPOH: Sukan Malaysia ke-19 (SUKMA XIX) baharu saja membuka tirainya, namun tuan rumah terpaksa berdepan ujian apabila seorang daripada atlet futsal dari Sabah terpaksa dimasukkan ke hospital selepas disyaki terkena jangkitan saluran pernafasan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pembangunan Modal Insan negeri, Howard Lee, berkata Jabatan Kesihatan Negeri Perak menerima laporan kes berkenaan apabila mangsa yang mengalami simptom berkenaan ditempatkan di Hospital Angkatan Tentera di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, 7 September lalu.

“Siasatan Jabatan Kesihatan Perak mendapati mangsa yang berumur 16 tahun itu mengadu mengalami gejala demam pada 2 September lalu diikuti bengkak pada kedua-dua bahagian leher pada 3 September.

“Saya difahamkan kes berkenaan mempunyai sejarah yang mempunyai hubungan dengan kes disyaki wabak mumps (beguk) semasa menjalani latihan di Sabah pada pertengahan Ogos lalu dan ada mendapatkan rawatan di sebuah klinik sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar bersama semua ketua kontinjen negeri dekat sini hari ini.

Katanya, siasatan lanjut mendapati seramai 11 lagi atlet futsal dari Sabah turut dikesan mengalami jangkitan saluran pernafasan yang ringan.

“Semua atlet berkenaan sudah dikuarantin untuk diawasi status kesihatan dan diberikan rawatan selain diambil sampel klinikal untuk pengesahan diagnosis.

“Kami sentiasa memantau perkembangan kes ini, selain memastikan semua atlet yang terdedah melakukan langkah pencegahan dan setakat ini ia terkawal,” katanya.

Penyakit beguk disebabkan oleh jangkitan virus Paramyxovirus di mana pesakit akan mengalami demam, sakit kepala, sakit otot, keletihan, hilang selera makan dan sakit serta bengkak kelenjar air liur.

Penyakit itu boleh tersebar melalui titisan cecair pernafasan dan air liur serta melalui sentuhan objek yang tercemar. – BH Online

Komen


Berita Berkaitan