Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

1,077 Pati Ditahan Di Tawau Sepanjang Julai

8:33pm 03/08/2016 Pak Roshan 775 views Berita Pilihan,Mutakhir,Tawau,Tempatan

pati-sandakan-600x338

TAWAU : Selaras dengan slogan “Tiada Hari Tiada Operasi” Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Tawau, menahan 1,077 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam 236 operasi sepanjang Julai lepas di sekitar daerah ini.

Ketua Pejabat JIM Tawau Noraini Rasi berkata PATI yang ditahan berumur antara 18 hingga 55 tahun dan turut ditahan 14 majikan tempatan terdiri tujuh lelaki dan tujuh wanita

Katanya PATI yang ditahan terdiri 392 lelaki dan 128 wanita warganegara Filipina, manakala warganegara Indonesia terdiri 419 lelaki dan 133 wanita.

Turut ditahan seorang lelaki warganegara India, dua lelaki Pakistan, seorang wanita Thailand dan seorang lelaki dari lain negara, katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya juga mengadakan sebanyak 209 operasi bersepadu dengan agensi penguatkuasa lain.

Noraini berkata pihaknya telah menghantar balik ke negara asal seramai 345 PATI terdiri 339 warganegara Indonesia, tiga masing-masing Filipina dan Pakistan.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan