Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

10,751 PATI Dihantar Pulang Ke Negara Asal Dari Januari-Julai Lepas

hantar pulang PATI

TAWAU– Pasukan Petugas Khas Persekutuan Sabah dan Labuan menghantar pulang seramai 10,751 pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara asal mereka dari tiga Pusat Tahanan Sementara (PTS) di Sabah di antara Januari dan Julai lepas.

Pengarah Pasukan Petugas Khas Persekutuan Sabah dan Labuan Rodzi Md Saad berkata daripada jumlah itu, sebanyak 75 peratus adalah warga Filipina, 20 peratus warga Indonesia dan lima peratus adalah lain-lain kerakyatan.

“Penghantaran pulang mereka dibuat setelah mereka mendapat dokumen pengesahan daripada kedutaan negara masing-masing untuk perjalanan pulang ke negara asal.

“Kesemua PATI itu dihantar balik ke negara asal melalui pelabuhan Sandakan, Semporna, Tawau serta menaiki pesawat. Pada masa ini, PATI yang masih berada di tiga PTS di Sabah ialah seramai 12,412 orang,” katanya kepada pemberita di sini, pada Ahad.

Beliau berkata perintah pengusiran itu dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen.

Sementara itu, Rodzi berkata Pasukan Petugas Khas Persekutuan Sabah dan Labuan menahan 138 PATI dalam Operasi Tanduk Bersepadu Siri 14/2014 yang berlangsung selama dua hari di sekitar daerah Tawau, sejak semalam.

Beliau berkata seramai 84 lelaki dan 54 wanita berusia di antara satu dan 50 tahun dalam operasi bermula 9 pagi itu.

“Kesemua PATI tersebut akan ditahan di PTS Papar untuk tindakan lanjut Jabatan Imigresen,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan