Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,787

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

105 golongan asnaf terima sumbangan raya

10:46pm 25/06/2016 Elezebeth Esther Onjining 15 views Tempatan
Yahya menyampaikan sumbangan kepada seorang penerima di majlis itu.

Yahya menyampaikan sumbangan kepada seorang penerima di majlis itu.

KOTA KINABALU- Seramai 105 wanita termasuk golongan balu, ibu tunggal dan golongan tidak berkemampuan menerima sumbangan berupa beras dan duit raya daripada Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hj. Yahya Hussin, petang tadi.

Beliau yang merupakan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah berkata sumbangan tersebut merupakan tanda kasih sayang kepada mereka yang kurang berkemampuan.

” Bantuan seperti ini mampu meringakan beban mereka (golongan kurang berkemampuan) untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Program Karisma Ramadhan anjuran Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) Parlimen Putatan di Masjid Al- Kauthar, Tanjung Aru, disini.

Di samping itu, beliau turut mengingatkan seluruh umat Islam agar terus mengekalkan perpaduan selain melakukan amal sempena bulan Ramadan ini.

Sementara itu, Yahya turut menyampaikan sijil kepada seramai 60 peserta Program Iktikaf Ramadhan Sahabat Yadim (IRSYAD) Sabah 2016 yang juga merupakan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Turut hadir ialah Pengerusi MPWK Parlimen Putatan, Puan Juliah Palasin dan pemimpin masyarakat setempat.- Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan