Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

1,047 penagih dikesan di Sabah tahun lalu

Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman meninjau ruang pameran sempena Sunday Family Ride di Kota Kinabalu. Turut hadir, EXCO Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye (kanan). – Foto Mohd Nazllie Zainul

 

KOTA KINABALU: Seramai 1,047 penagih dikesan di seluruh negeri ini tahun lalu, meningkat lapan peratus berbanding tahun sebelumnya.

Exco Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata perangkaan itu meletakkan Sabah di kedudukan ke-10 mengikut senarai jumlah penagih dikesan mengikut negeri.

Katanya, negeri paling ramai mencatatkan jumlah penagih dikesan tahun lalu ialah Pulau Pinang, dengan 3,844 orang.

“Kelantan pula berada di kedudukan kedua dengan 3,700 orang manakala Kedah negeri ketiga tertinggi, dengan jumlah 2,655 orang.

“Negeri keempat dikesan mempunyai ramai penagih ialah Selangor, diikuti Johor di kedudukan kelima dengan masing-masing mencatat 2,375 orang dan 2,108 orang,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Sunday Family Ride, di sini, hari ini.

Berlangsung di Taman Awam Teluk Likas, acara pelepasan peserta disempurnakan Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman.

Turut hadir Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Datuk Jainab Ahmad Ayid merangkap Naib Presiden Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) dan Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Datuk Joannes Solidau.

Seramai 451 peserta menyertai kayuhan sejauh 66 kilometer itu yang dibahagikan kepada empat kategori iaitu terbuka, veteran, junior dan wanita, bermula di taman awam berkenaan hingga kawasan Salut.

Dalam pada itu, Lam Thye berkata, walaupun perangkaan di Sabah tidak tinggi berbanding negeri lain, usaha membanteras penyalahgunaan dadah perlu diperhebat.

Beliau seterusnya meminta keluarga dan rakan rapat individu yang pernah terbabit penyalahgunaan dadah supaya memberi sokongan kepada golongan itu untuk meneruskan hidup dengan melakukan pelbagai aktiviti positif.

“Hal ini penting agar mereka tidak kembali kepada tabiat lama dan berasa diri mereka dihargai oleh orang sekeliling,” katanya. – BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan