Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

104 khemah diagih buat mangsa kebakaran Kampung Bangau Bangau

Sebahagian daripada 104 khemah sementara yang siap dibina untuk mangsa-mangsa kebakaran Kampung Bangau-Bangau, Semporna.
Sebahagian daripada 104 khemah sementara yang siap dibina untuk mangsa-mangsa kebakaran Kampung Bangau-Bangau, Semporna.

SEMPORNA – Semua mangsa kebakaran diingat supaya mematuhi arahan dan peraturan pihak berkuasa sepanjang tinggal di khemah penempatan sementara di Kampung Bangau-Bangau, di sini.

Mereka juga dinasihatkan menjaga kebersihan kawasan khemah dan tidak membuat penyambung letrik ke dalam khemah atau merokok kerana aktiviti tersebut boleh membahayakan nyawa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang, Datuk Nasir Sakaran berkata, semua kemudahan telah disediakan di kawasan itu termasuk bangunan dapur memasak, tandas, bekalan air serta bangunan kamar mandi serta bangunan riadah.

“Kita meminta mangsa kebakaran bersabar kerana sedang berusaha menambah 115 buah lagi khemah dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui pemberita dalam majlis perasmian dan penyerahan 104 buah Khemah Sementara kepada ketua-ketua isi rumah (KIR) mangsa kebakaran Kampung Bangau-Bangau, di sini hari ini.

PicsArt_1427884356103
Lebih 2,500 mangsa kebakaran menghadiri majlis itu di Dewan Kampung Bangau-Bangau, Semporna.

Nasir berkata, mangsa-mangsa kebakaran tidak perlu gusar kerana penempatan itu hanya bersifat sementara sehingga kerajaan menyediakan rumah kepada semua mangsa yang terlibat.

Sementara itu, Pegawai Daerah, Dr. Chacho Bulah meminta mangsa kebakaran tinggal sementara dengan ahli keluarga terdekat mereka memandangkan peruntukan khemah setakat ini sangat terhad.

Katanya, bilangan khemah ketika ini adalah terhad, namun kesemua mangsa akan tetap diberikan bantuan berdasarkan bilangan serta senarai mangsa yang terkini dan pihaknya akan berhubung terus kepada KIR atau melalui pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Ketua Kampung. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan