Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

104 gegaran direkodkan setakat 4 Julai

Gambar hiasan
Gambar hiasan

KOTA KINABALU – Bagi menghadapi sebarang kemungkinan terjadi bencana alam pada masa hadapan, satu pelan komprehensif sedang dirangka oleh kerajaan negeri dan Persekutuan.

Pelan tindakan itu merangkumi tujuh langkah-langkah wajar yang difikirkan perlu dilaksanakan apabilla menghadapi krisis bencana alam di Sabah.

Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Teo Chee Kang menjelaskan, antara langkah tersebut ialah mempertingkatkan kesedaran rakyat terhadap bencana gempa bumi, pemantauan berterusan oleh agensi berkaitan, mempertingkatkan peranan pemimpin akar umbi apabila berlaku gempa bumi dan mengambil kira faktor gempa bumi dalam penyediaan setiap projek pembangunan dan pelan pembangunan.

“Selain itu, kita juga akan mengawal aktiviti pertanian serta penerokaan tanah-tanah baharu di kawasan tanah tinggi, mesyaratkan perlindungan insuran kepada malin gunung dan pendaki Gunung Kinabalu serta menyediakan khidmat kaunseling kepada mangsa bencana alam,” katanya dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri, di sini hari ini.

Bagi menghormati mangsa gempa bumi, Sidang Dewan Undangan Negeri turut bertafakur selama seminit semula sesi sesi soal jawab dan perbahasan dimulakan.

Chee Kang berkata, sejak gegaran pertama pada 5 Jun lalu, sebanyak 104 gegaran susulan bermagnitud lemah telah dikesan setakat 4 Julai lalu dan hampir kesemua gegaran dirasai di Ranau.

Dalam pada itu, beliau menegaskan agar bencana alam yang berlaku di Ranau tidak terus dipolitikkan oleh pihak tertentu bagi mendapat publisiti murahan atau `political mileage’ daripada kesusahan dan penderitaan hidup dialami rakyat.

Katanya, adalah tidak wajar sikap saling menuding jari dalam mencari kesalahan dan kelemahan mana-mana pihak. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan