Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

1,036 PENAGIH BAHARU DIREKODKAN DI SABAH TAHUN LALU: PEMADAM

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

KOTA KINABALU, 26 Feb : Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Sabah merekodkan sebanyak 1,036 penagih dadah baharu di negeri ini sepanjang tahun lalu berbanding 658 orang pada tahun sebelumnya.

Pengerusinya, Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata daripada jumlah itu, 959 adalah lelaki manakala 77 penagih wanita.

“Pekerja swasta paling banyak terlibat dengan dadah iaitu 599 orang, tidak bekerja (215), bekerja sendiri (192) dan sektor awam (30),” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Pemadam Negeri Sabah di Wisma Tun Fuad Stephen, di sini hari ini.

Jainab, yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri berkata, empat daerah iaitu Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan dan Beaufort merekodkan jumlah penagih terbanyak.

Katanya dadah jenis syabu didapati paling banyak digunakan oleh penagih yang berumur di antara 18 hingga 59 tahun.

Jainab berkata program pencegahan dadah juga akan diperluaskan ke sekolah-sekolah dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri.

“Pihak yang berkaitan juga akan memfokuskan usaha di kawasan yang berisiko tinggi yang dikenal pasti sebagai tempat penagihan dadah (untuk mengatasi gejala negatif itu),” katanya. — BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan