Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

102 wakil keluarga terima bantuan MyBeras

BANTUAN... Mohd Fazlee (tiga dari kanan) menyampaikan bantuan beras kepada salah seorang penerima dan disaksikan oleh Penolong Pegawai Daerah Kecil Menumbok, Husin Narion (dua dari kiri).
BANTUAN… Mohd Fazlee (tiga dari kanan) menyampaikan bantuan beras kepada salah seorang penerima dan disaksikan oleh Penolong Pegawai Daerah Kecil Menumbok, Husin Narion (dua dari kiri).

MENUMBOK: Seramai 102 wakil setiap keluarga di beberapa kawasan di daerah tersebut menerima bantuan beras melalui program MyBeras yang disediakan oleh kerajaan.

Diantara kawasan yang terlibat ialah kawasan Jawatankuasa Kampung Mempakul, Kampung Darat, Kampung Laut dan Jawatankuasa Dalam Bandar Pekan Menumbok.

Bantuan tersebut disampaikan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Hj. Mohd Fadzlee Lee Abdullah.

Beliau berkata, bantuan tersebut membuktikan kerajaan amat prihatin terhadap kumpulan sasar khususnya golongan kurang berkemampuan.

Jelasnya, bantuan itu dapat meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan terutamanya ketika umat Islam mengerjakan ibadah puasa dan menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.- Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan