Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

10,000 meriahkan Karnival Tahun Baru Cina

Edward Young Oui Fah (tiga dari kiri) merasmikan penutupan Karnival Tahun Baru Cina 2015 di Lintasan Deasoka, malam tadi. - foto Ille Tugimin
Edward Young Oui Fah (tiga dari kiri) merasmikan penutupan Karnival Tahun Baru Cina 2015 di Lintasan Deasoka, malam tadi. – foto Ille Tugimin

KOTA KINABALU – Lebih 10,000 pengunjung terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat memeriahkan Karnival Tahun Baru Cina 2015 selama tiga hari yang diadakan di Lintasan Deasoka, di sini.

Perasmian penutuan karnival tersebut, malam tadi disempurnakan oleh Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri selaku Menteri bertanggungjawab kepada DBKK, Datuk Edward Young Oui Fah.

Dalam ucapannya, Oui Fah penganjuran karnival itu yang diadakan setiap tahun oleh DBKK dengan kerjasama Persatuan Gabungan Cina Sabah, boleh dijadikan tarikan pelancong ke bandar raya Kota Kinabalu.

“Strategi penganjuran karnival ini secara tidak langsung dapat menyatupadukan lagi warga bandar raya ini yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum dan agama di negeri ini,” katanya.

Ketibaan Edward Young Oui Fah (tengah) disambut oleh pihak penganjur dan tetamu sempena penutupan Karnival Tahun Baru Cina 2015 di Lintasan Deasoka, malam tadi. - foto Ille Tugimin
Ketibaan Edward Young Oui Fah (tengah) disambut oleh pihak penganjur dan tetamu sempena penutupan Karnival Tahun Baru Cina 2015 di Lintasan Deasoka, malam tadi. – foto Ille Tugimin

Turut hadir, Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir; Ketua Pengarah DBKK, Datuk Yeo Boon Hai dan Presiden Gabungan Cina Sabah merangkap penganjur bersama, Datuk T.C. Goh.

Sehubungan itu, Oui Fah berkata, kerajaan negeri mengalu-alukan usaha DBKK kerana berupaya menjayakan karnival tersebut yang dianjurkan untuk tahun kesembilan berturut-turut.

Katanya, keupayaan DBKK itu secara tidak langsung diyakini mampu merealisasikan visi untuk menjadikan Kota Kinabalu sebagai Bandaraya Peranginan Semulajadi menjelang 2020. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan