Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,727

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

1,000 rumah setinggan musnah

9:26am 08/12/2015 Pak Roshan 4 views Global
SEORANG wanita menangis selepas kediamannya turut musnah dalam kebakaran itu.

SEORANG wanita menangis selepas kediamannya turut musnah dalam kebakaran itu.

Mumbai: Kebakaran besar berpunca daripada letupan beberapa tong gas melanda sebuah kawasan setinggan yang sesak di sini, semalam, menyebabkan seorang terbunuh dan memusnahkan kira-kira 1,000 rumah.

Rakaman video dan gambar yang dimuat naik di Twitter menunjukkan kepulan asap tebal memenuhi ruang udara Kandivali selepas lebih 12 tong gas meletup hampir serentak.

“Kira-kira 1,000 rumah musnah,” kata Timbalan Pesuruhjaya Polis Mumbai Dhananjay Kulkarni.

Menurutnya seorang terbunuh tetapi mangsa, termasuk jantinanya tidak mungkin dapat dicam kerana rentung sama sekali.

Kulkarni berkata, angka kematian mungkin meningkat.

Ketua bomba Mumbai Prabhat Rahangdale berkata, antara 15 hingga 20 tong gas meletup di timur Kandivali, kawasan seinggan di utara bandar raya Mumbai.

“Dua wanita melecur antara 40 dan 42 peratus sementara empat lelaki cedera ringan,” katanya.

Menurut Rahangdale, 16 kereta bomba dikerah ke kawasan itu selepas pihaknya menerima laporan sejurus selepas jam 12.30 tengah hari (3 petang waktu Malaysia).

Kebakaran semalam adalah bencana buruk terbaru di Mumbai tahun ini.

Jun lalu, tujuh orang mati selepas mereka terperangkap dalam lif di tingkat atas sebuah bangunan.

Sebelum itu, empat pegawai kanan bomba bandar itu terbunuh dalam kebakaran satu lagi bangunan. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan