Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

1,000 penduduk bertarung nyawa setiap hari

Keadaan jambatan yang rosak yang terpaksa dilalui oleh penduduk. - foto Kalawon Sawing
Keadaan jambatan yang rosak yang terpaksa dilalui oleh penduduk. – foto Kalawon Sawing

KENINGAU – Lebih 1,000 penduduk dari enam buah kampung iaitu Pengaraan, Pohon Batu A, Pohon Batu B, Sumbiling, Binanun dan Nangkawangan, mempertaruhkan nyawa mereka setiap hari apabila terpaksa melalui beberapa buah batang pokok dan kayu yang dijadikan sebagai jambatan ekoran ketiadaan laluan alternatif lain di kawasan mereka.

Sehubungan itu, mereka merayu agar kerajaan segera menyelenggara beberapa buah jambatan rosak di Jalan Lumiri – Pohon Batu yang semakin sukar dilalui oleh kenderaan.

Seorang pemimpin masyarakat, Andoroh Andipoh berkata, penduduk di kampung terbabit kini menghadapi masalah apabila keluar berurusan ke Pekan Keningau, Sook dan Nabawan dan untuk membawa penduduk kampung yang sakit mendapatkan rawatan di hospital atau klinik berhampiran.

Andoroh berkata, selain penduduk di enam buah kampung tersebut yang mengalami masalah, warga pendidik di empat buah sekolah di situ, iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Pengaraan, SK Pohon Batu, SK Binanun dan SK Nangkawangan, turut mengalami masalah.

Katanya, jabatan dan agensi kerajaan juga tidak dapat menjalankan program yang dirancang di kampung-kampung berkenaan berikutan kerosakan jalan raya yang dibina syarikat pembalak di kawasan itu. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan