Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

1,000 pelajar sertai Karnival Bahasa Daerah Semporna

PELAJAR

SEMPORNA – Pejabat Pendidikan (PPD) di daerah ini digesa melipatgandakan usaha dalam memastikan mutu pendidikan di daerah ini berkualiti dan setaraf dengan daerah lain di seluruh negeri.

Biro Pendidikan, Politik dan Pidato Pemuda UMNO Bahagian Semporna, Dr. Mohd. Faizal Hisham berkata, PPD perlu memperbanyakkan penganjuran program yang berkaitan dengan pembangunan pendidikan di daerah itu.

“Terdapat banyak program yang boleh diadakan untuk meningkatkan mutu pembelajaran dalam kalangan pelajar seperti program karnival bahasa yang dianjurkan pada kali ini. Oleh itu saya berharap Jabatan Pendidikan Daerah dapat memperbanyakkan lagi program seumpama ini bagi memastikan pelajar terus di dedahkan dengan aktiviti yang mampu memupuk semangat untuk belajar,” katanya ketika berucap dalam majlis Pelancaran Karnival Bahasa Peringkat Daerah Semporna 2015, di sini hari ini.

Mohd Faizal berkata, penganjuran karnival itu sangat bertepatan dan dilihat mampu menjadi pemangkin dalam melahirkan pelajar yang berdaya saing serta berfikiran tinggi selain dapat memartabatkan Bahasa Melayu dan dalam masa memperkasakan penggunaan Bahasa Inggeris para pelajar di daerah ini.

Karnival selama enam hari yang julung kali dianjurkan oleh PPD Semporna itu, dihadiri lebih 1,000 pelajar dari 30 sekolah rendah dan menengah yang mengambil bahagian dalam lima kategori pertandingan termasuk bercerita, pidato dan pesta pantun. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan