Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

1,000 pelajar mendapat khidmat gunting percuma

Marzuki dan Zakiah sedang memotong rambut pelajar yang menyertai Gunting Rambut Percuma.
Marzuki dan Zakiah sedang memotong rambut pelajar yang menyertai Gunting Rambut Percuma.

Semporna : Kira-kira 1,000 pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di daerah Semporna berpeluang menerima perkhidmatan gunting rambut secara percuma menerusi Program Membara ‘Back To School’

 

Program lima hari (26 hingga 30 Dec) ini bukan sahaja tertumpu di sekitar Pekan Semporna malah turut diperluaskan ke Pulau Bum Bum bagi membantu para pelajar di pulau berkenaan.

 

Pemangku Ketua Pemuda UMNO Semporna, Ahmad Marzuki Datuk Seri Nasir berkata program tersebut antara lain bertujuan membantu rakyat khususnya ibu bapa pelajar yang kurang berkemampuan membuat persiapan sesi persekolahan anak mereka ia sekali gus merapatkan hubungan sirahtulrahim antara pemimpin dan ibu bapa pelajar.

 

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Program Membara Gunting Rambut Percuma “Back to School’ di perkarangan Pejabat UMNO Semporna di sini. Program Membara ‘Back to School’ merupakan anjuran bersama Pemuda UMNO dan Puteri UMNO Semporna.

 

Jelas Marzuki, program itu sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban ibu bapa dalam membuat persiapan persekolahan anak-anak mereka nanti.

 

”Secara tidak langsung ini dapat menjadi platform bagi pemimpin dalam mendekatkan diri kepada masyarakat serta keprihatinan terhadap keperluan mereka,” ujarnya.

 

Tambah beliau, program tersebut merupakan bukti bahawa UMNO adalah merupakan parti yang sentiasa berusaha membela nasib dan kebajikan rakyat.

 

Menurut beliau, usaha Pergerakan Pemuda UMNO dan Puteri UMNO yang terus komited dalam melaksanakan pelbagai agenda rakyat amat penting dalam memenuhi tanggungjawab dan peranan sebagai penggerak kesejahteraan masyarakat.

 

“Ini membuktikan bahawa UMNO bukan sahaja bersuara lantang dalam memperjuangkan parti, malah kita juga adalah sebuah parti yang benar-benar membela nasib rakyat,” tegasnya.

 

Marzuki turut melahirkan harapan supaya program ini akan terus diperluas dan dipergiatkan lagi dan agar lebih ramai masyarakat yang akan menikmati faedah ini seterusnya UMNO memastikan terus berada di hati rakyat.

 

“Saya juga berharap program ini menjadi bukti kepada usaha-usaha daripada UMNO dalam membantu mereka yang kurang bernasib baik di sekitar daerah ini,” ujarnya.

 

Turut hadir sama Ketua Puteri UMNO Semporna, Zakiah Kalipunya yang juga Naib Ketua Puteri UMNO Sabah, Pengerusi Majlis Belia Daerah Semporna, Mohd Shaman Palah serta pelajar sekolah dan ibu bapa.

 

Dalam program itu juga, Puteri UMNO Semporna turut menyerahkan peralatan alat tulis kepada 100 pelajar yang pertama menyertai program tersebut./SayangSabah

Ceria....Marzuki dan Zakiah merakamkan gambar kenangan sebahagian daripada pelajar sekolah yang menyertai Program Membara Gunting Rambut Percuma “Back to School’ di perkarangan Pejabat UMNO Semporna.
Ceria….Marzuki dan Zakiah merakamkan gambar kenangan sebahagian daripada pelajar sekolah yang menyertai Program Membara Gunting Rambut Percuma “Back to School’ di perkarangan Pejabat UMNO Semporna.

 

 

Komen


Berita Berkaitan