Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

1,000 Kristian pelbagai dinominasi berdoa untuk Sabah

Kelihatan para peniup Shofar sedang meniup shofar masing-masing ketika sesi ketiga acara dimulakan sambil bendera dikibarkan
Kelihatan para peniup Shofar sedang meniup Shofar masing-masing ketika sesi ketiga acara dimulakan sambil bendera dikibarkan

RANAU- Kira-kira 1,000 orang Kristian dari pelbagai dinominasi  gereja di seluruh Sabah berkumpul bersama di dewan Taman Kinabalu untuk mengikuti acara Perhimpunan Doa Kinabalu  untuk  mendoakan kesejahteraan dan keharmonian  Sabah.

Presiden Majlis Gereja-gereja Sabah (SCC), Reverend  Datuk Jerry Dusing berkata, perhimpunan doa itu bertujuan memohon berkat dan perlindungan daripada Tuhan disamping mendoakan ahli keluarga mangsa yang mengalami masalah akibat kejadian gempa bumi baru-baru ini.

“Tujuan perhimpunan ini juga merupakan usaha gereja-gereja untuk memperingati mangsa yang terkorban dan meminta Tuhan agar memberi penghiburan kepada ahli keluarga mangsa yang terkorban dan terjejas bencana,” katanya ketika berucap dalam acara itu, di sini hari ini.

Menurutnya, acara doa berkenaan juga merupakan acara untuk mensyukuri segala bantuan yang telah diberikan kepada mangsa yang terjejas

“Tindakan pantas orang ramai untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa terjejas adalah satu tindakan yang sangat membanggakan,” ujarnya.

Jelasnya, kejadian gempa bumi yang melanda pada baru-baru ini merupakan bencana yang tidak pernah dialami di Sabah dan bencana berkenaan telah menimbulkan kesukaran kepada penduduk di sekitar gunung Kinabalu.

Katanya, sebagai orang Kristian semua perlu bangkit dan bersatu serta tampil membantu mangsa yang memerlukan bantuan tanpa mengira bangsa dan agama atas dasar kasih bagi mengurangkan beban mangsa bencana berkenaan.

Perhimpunan doa tersebut  turut mendapat sokongan lebih  40 orang pastor dan paderi  daripada pelbagai dinominasi gereja di sekitar Sabah  serta sokongan daripada perwakilan pastor-pastor dari Sarawak, Kuala Lumpur dan Singapura yang turut hadir dan berdoa.

Turut hadir dalam perhimpunan tersebut, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir dan Pengarah Muzium Sabah, Joanna Kitingan.

Acara tersebut  merupakan  dianjurkan bersama Majlis Gereja Sabah, Persatuan Pastor Sabah, COSA  serta kerjasama Taman-taman Sabah.- oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan