Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

1,000 bungkusan bubur lambuk diagih

Samsudin (kanan) mengagih-agihkan bubur lambuk kepada penjual ikan di sekitar kawasan itu.
Samsudin (kanan) mengagih-agihkan bubur lambuk kepada penjual ikan di sekitar kawasan itu.

SANDAKAN – Kira-kira 1,000 bungkusan bubur lambuk diagihkan kepada masyarakat di Bazaar Ramadan Flat MPS Karamunting serta pengguna jalan raya Batu Sapi menuju ke bandar Sandakan sempena Program Bubur Lambuk Ramadan.

Program anjuran Puteri UMNO Bahagian Batu Sapi bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong, Datuk Samsudin Yahya itu merupakan konsep baharu dalam sistem pengedaran bubur lambuk, malah ia menjimatkan masa bagi mereka kesuntukan masa membeli juadah berbuka puasa.

Samsudin berkata, pengagihan bubur dengan kaedah itu membolehkan orang ramai mendapatkan bubur lambuk dengan pantas dan mudah.

“Kaedah sebegini adalah sangat bersesuaian dengan cara hidup masyarakat yang selalu sibuk,” katanya. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan