Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

1,000 bubur lambuk diagihkan

KOTA KINABALU: Sebanyak 1,000 bubur lambuk ​​diagihkan ​secara percuma ​kepada orang ramai di perkarangan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, di sini, petang tadi.

Timbalan Ketua Menteri, Christina Liew ​yang juga merangkap Menteri Kebudayaan, Pelancongan dan Alam Sekitar Sabah turut meluangkan masa bersama-sama mengagihkan bubur lambuk tersebut.

Beliau berkata, program ini sangat murni dan wajar diteruskan pada masa hadapan.

“Saya difahamkan program ini merupakan acara tahunan sempena bulan Ramadan yang telah memasuki tahun ke-5 penganjurannya.

“Justeru, saya amat menyokong program-program sebegini yang mana kita berkongsi dengan orang ramai sempena bulan mulia ini,” katanya ketika ditemui media.

Program ​tersebut merupakan ​antara satu aktiviti khidmat sosial (CSR) ​oleh pihak ​Nestle Sdn​.​ Bhd.

Hadir sama, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai; Ketua Pengarah DBKK, Datuk Joannes Solidau dan Branch Manager Nestle Product Sdn. Bhd., Queck Teng Hiong.​/Penerangan-

Christina yang diiringi Yeo dan Joannes mengagihkan bubur lambuk secara percuma kepada orang ramai.

Komen


Berita Berkaitan