Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,657

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

100 sertai kursus pemantapan kepimpinan

6:41pm 29/10/2016 Elezebeth Esther Onjining 31 views Kota Kinabalu,Tempatan
YAHYA (duduk, empat dari kanan) bersama Hanafiah (tiga dari kanan), OKK Haji Yunus (enam dari kanan), Ali Hussin (lima dari kanan), Juliah (dua dari kanan) bergambar bersama sebahagian peserta kursus.

YAHYA (duduk, empat dari kanan) bersama Hanafiah (tiga dari kanan), OKK Haji Yunus (enam dari kanan), Ali Hussin (lima dari kanan), Juliah (dua dari kanan) bergambar bersama sebahagian peserta kursus.

PUTATAN- Seramai 100 peserta terdiri daripada pemimpin akar umbi menyertai Kursus Pemantapan Kepimpinan Dalam Konteks Pembangunan Masyarakat di Hotel Platinum dekat sini hari ini.

Kursus sehari itu merupakan anjuran bersama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N.18 Petagas dan Yayasan Sabah.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin berkata pemimpin akar umbi khususnya Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamat Kampung (JKKK), Ketua Kampung, pemaju mukim, Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) perlu sentiasa mendampingi rakyat di kawasan masing-masing.

“Pemimpin akar umbi yang dilantik oleh Kerajaan harus tahu masalah yang berlaku di kampung masing-masing dan berusaha menyelesaikannya dan bukan membiarkan sesuatu masalah itu bertambah serius dan besar.

“Sebagai contoh, masalah sampah di kampung-kampung, jika pemimpin akar umbi terus membiarkan tanpa mengambil tindakan sewajarnya, maka masalah sambah akan bertambah serius sehingga sukar ditangani”, katanya.

Yahya yang turut merupakan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri pemimpin akar umbi juga memainkan peranan penting dalam menyatu masyarakat berbilang kaum di kampung masing-masing.

Katanya, perpaduan, kerjasama dan keharmonian masyarakat haruslah menjadi agenda utama pemimpin akar umbi selain menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan jujur dan ikhlas.

Yahya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas berkata, pemimpin akar umbi juga perlu memastikan rakyat memberikan sokongan kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Pemimpin akar umbi tahu dasar dan polisi kerajaan dan mempunyai hubungan yang erat dengan pemimpin kerajaan. Justeru mereka perlu memberikan penerangan dan penjelasan kepada rakyat agar rakyat terus berdiri teguh dibelakang kerajaan BN”. Tegasnya.

Turut hadir di majlis itu ialah Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Putatan, Puan Juliah Palasin, Ketua Daerah Putatan, OKK Haji Yunus Ismail, Pengurus Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan, Encik Hanafiah Diman, Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM), Haji Ali Hussin Sharin, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Putatan, Cik Daliah Haji Mohd.Zain dan pemimpin masyarakat setempat. -SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan