Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

100 pelajar terima bantuan baucar RM250

Jainab (Tengah) menyaksikan penyerahan sumbangan bersama-sama pelajar yang terpilih.
Jainab (Tengah) menyaksikan penyerahan sumbangan bersama-sama pelajar yang terpilih.

KOTA KINABALU- Seramai 100 pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah menerima bantuan baucar sebanyak RM250 sempena program kembali ke sekolah.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Jainab Ahmad berkata, setiap pelajar diberikan baucar itu dan mereka bebas membeli barangan keperluan sekolah di pasar raya Giant  pusat beli-belah 1Borneo.

“Program ini adalah kerjasama diantara , Credit Guarantee Corperation, Zakat, Giat Mara, UMNO Sepanggar, Giant 1Borneo dan UPPM Sepanggar.

“Ini adalah salah satu langkah kami untuk membantu masyarakat yang kurang berkemampuan bagi menghadapi musim persekolahan yang tidak lama lagi,” katanya ketika ditemui oleh media di sini bhari ini (Isnin).

Sejumlah RM25,000 disumbangkan oleh pihak Zakat dan CGC kepada para pelajar berkenaan.

Jainab,juga menasihati ibu bapa agar menjadi pengguna bijak sempena  berbelanja membeli keperluan sekolah bagi anak-anak mereka.

Katanya, ibu bapa perlu mengenalpasti keperluan anak-anak mereka terlebih dahulu sebelum membeli-belah.

“Terdapat keperluan sekolah yang kita sediakan percuma bagi pelajar sekolah rendah seperti kasut, seragam sekolah, susu, dan alat tulis.

“Amalkan membuat senarai barangan yang dibeli terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran dan beli barangan yang patut sahaja” Ujar beliau.

Dalam pada itu, beliau juga turut menasihati ibu bapa agar menjaga keselamatan anak-anak masing-masing sempena musim cuti sekolah ini memandangkan kejadian bencana alam berlaku seperti banjir dan gempa bumi.- Oleh Dewiana Tinggolongon / sayangsabah.

Komen


Berita Berkaitan