Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,646

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

100 pelajar kurang berkemampuan terima bantuan persekolahan

3:36pm 24/05/2016 Elezebeth Esther Onjining 14 views Tempatan
Bahrin (dua dari kanan) menyampaikan bantuan persekolahan kepada salah seorang penerima sambil diperhatikan oleh Noelah (dua dari kiri) dan ahli jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian K.K.

Bahrin (dua dari kanan) menyampaikan bantuan persekolahan kepada salah seorang penerima sambil diperhatikan oleh Noelah (dua dari kiri) dan ahli jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Kota Kinabalu 

KOTA KINABALU- Seramai 100 orang pelajar bumiputera Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Likas yang kurang berkemampuan menerima bantuan persekolahan dibawah program Bantuan Sekolah Transformasi Bumiputera 2016 (Best 2016).

Bantuan yang berupa beg sekolah, set alat tulis dan botol air minuman itu telah dibiayai Yayasan Pelajaran Mara (YPM).

Kesemua bantuan tersebut telahn diserahkan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Kinabalu, Encik Mohd.Bahrin Abd.Karim pada majlis ringkas di dewan sekolah itu, hari ini.

Bahrin berkata, selain YPM, program bantuan berkenaan turut melibatkan Biro Pendidikan Pemuda UMNO.

“Best merupakan program bagi membantu pelajar yang memerlukan khususnya Bumiputera. Dengan bantuan ini kita berharap dapat membantu mengurangkan sedikit beban ibu bapa pelajar kurang berkemampuan”, tambahnya.

Sementara itu Pengetua SMK Likas, Hajah Noelah Mustafa mengalu-alukan bantuan yang diberikan, berharap pelajar yang menerima bantuan itu akan menggunakannya sebaik mungkin disamping memberi tumpuan kepada pembelajaran mereka.-Elezebeth Esther/SayangSabah

Bahrin (barisan kedua, 10 dari kanan) bersama Noelah (11 dari kanan) bergambar bersama para penerima bantuan dan pelajar SMK Likas.

Bahrin (barisan kedua, 10 dari kanan) bersama Noelah (11 dari kanan) bergambar bersama para penerima bantuan dan pelajar SMK Likas.

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan