Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

100 pasukan, 500 peserta sertai kejohanan dart terbuka antarabangsa Ke-13

Yeo (kanan) ketika melalukan simbolik perasmian​.​

KOTA KINABALU: ​Seramai 100 pasukan melibatkan 500 peserta dari dalam dan luar negara menyertai Kejohanan Dart Terbuka Antarabangsa Sabah Kali Ke-13 yang berlangsung di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai berkata, acara yang diadakan secara tahunan telah mencapai tempoh 13 tahun penganjurannya ​yang mengekalkan bilangan acara sejak tahun 2005 iaitu perseorangan lelaki dan wanita serta acara berpasukan.

“Saya amatlah berbesar hati dan bangga kerana kejohanan sukan seperti ini dapat menemukan semua lapisan masyarakat bukan sahaja dalam Malaysia tetapi daripada luar negara.

“Amat bertepatan sekali sukan boleh memupuk semangat muhibbah dan persahabatan d​alam​ kalangan peserta dan dalam masa yang sama menggalakkan pelancongan antara negari dan negara yang menyertainya,”katanya ketika berucap merasmikan ​kejohanan tersebut di ​sini, petang tadi.

Kejohanan yang bermula 6 sehingga 8 April itu disertai, bukan saja dari Malaysia malahan dari negara ​luar iaitu ​New Zealand, Brunei Darussalam dan Singapura dengan hadiah ​lumayan ​berjumlah RM25,000./PENERANGAN​-​

Komen


Berita Berkaitan