Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

100 orang terima sumbangan daripada Yayasan Jauhar

SUMBANGAN... Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah Tan Sri Datuk R.M. Jasni menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima sempena Majlis Penyampaian Sumbangan Yayasan Jauhar, disini, hari ini
SUMBANGAN… Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah Tan Sri Datuk R.M. Jasni menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima sempena Majlis Penyampaian Sumbangan Yayasan Jauhar, disini, hari ini

PUTATAN- Seramai 100 orang terdiri daripada golongan asnaf, ibu tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU) dan anak-anak yatim menerima daripada bantuan daripada Yayasan Jauhar, dekat sini, hari ini.

Bantuan yang berbentuk wang tunai dan barang-barang keperluan disampaikan oleh Penasihat Yayasan Nur Jauhar, Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah Tan Sri Datuk R.M. Jasni.

Menurut beliau, sumbangan tersebut bertujuan membantu golongan yang memerlukan atau yang kurang bernasib baik tanpa mengira kaum dan agama.

“Adalah diharapkan juga, dengan bantuan dan sumbangan yang diberikan ini, sedikit sebanyak dapat membantu dan meringankan beban kepada para penerima yang diraikan pada pagi ini,”katanya

Hadir sama, Pegawai Daerah Putatan, Haji Pangiran Abdul Ghani Haji Pangiran Yusuf. Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan