Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,643

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

100 orang pelajar St Jame menerima sumbangan beg sekolah

11:10am 05/05/2016 Elezebeth Esther Onjining 37 views Tempatan
8915ada2-4a91-49c4-b98c-fe2533a6fc4a

Akram (duduk, dua dari kiri) bersama para pelajar St. Jame. 

KUDAT- Yayasan Pelajar Mara dengan kerjasama UMNO bahagian Kudat memberi sumbangan berupakan beg sekolah kepada seramai 100 orang pelajar sekolah St. Jame, baru- baru ini.

Naib Ketua UMNO Kudat, Akram Ismail berkata sumbangan berkenaan bertujuan untuk mengurangkan beban yang dialami oleh pelajar dan ibu bapa.

“Kita sentiasa memberikan kerjasama dalam memajukan peningkatan akademik para pelajar di kawasan Kudat.

“Harapan kerjaan adalah setiap pelajar mendapat kecemerlangan dalam akademik seterusnya memberi sumbangan kepada generasi yang akan datang,” katanya.

Selain itu, Akram turut menasihati golongan pendidik agar memberi komitmen sepenuhnya ketika mendidik para pelajar.

Katanya, usaha berkenaan amat penting bagi melahirkan modal insan yang bermutu tinggi untuk penggerak ke arah negara maju.

Di samping itu, Akram turut menyampaikan derma sebanyak RM2,000 untuk meningkatkan pendidikan sekolah berkenaan.-SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan