Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,741

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

100 orang pelajar menerima bantuan persekolahan daripada Puteri UMNO

4:09pm 25/05/2016 Leolerry Lajius 26 views Tempatan
Seramai 100 orang pelajar yang menerima bantuan mengambil gambar bersama Puteri UMNO.

Pelajar yang menerima bantuan mengambil gambar bersama Puteri UMNO.

Kota Kinabalu : Seramai 100 pelajar sekolah rendah kurang berkemampuan di Sekolah Kebangsaan Bukit Padang menerima bantuan persekolahan berupa beg sekolah, set alat tulis dan botol air minuman di bawah program Bantuan Sekolah Transformasi Bumiputera 2016 (Best 2016) anjuran Puteri UMNO Kota Kinabalu yang telah disampaikan oleh Ketua Puteri UMNO Kota Kinabalu Salmi Sarinoh.

Menurut Salmi, sumbangan tersebut sebagai tanda komitmen pihak berkenaan bagi membantu mereka yang memerlukan terutama golongan murid kurang berkemampuan.

“Sumbangan ini tanda keprihatinan pihak terbabit dengan harapan dapat meringankan bebanan ibu bapa menyediakan kemudahan persekolahan anak-anak,”katanya ketika menyampaikan ucapan sempena Program Bantuan Sekolah Transformasi Bumiputera (Best 2016) di Sekolah Kerbangsaan Bukit Padang hari ini.

Beliau turut menyarankan ibu bapa untuk memainkan peranan penting dalam mengalak serta menyokong anak-anak mereka agar tidak ketinggalan dalam arus pembangunan pendidikan negara serta memohon kerjasama daripada  Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk mengenal pasti mereka yang mengalami masalah dan perlu dibantu.

Turut hadir sama Penolong Kanan Pentadbiran  Siti Rukiah Abd Murad, Penolong Kanan Pendidikan Khas Rubiah Suhip, Naib Ketua Puteri Umno Kita Kinabalu, Dr Siti Fatmah Suahid serta ahli-ahli Puteri Umno Kita Kinabalu.

Program Bantuan Sekolah Transformasi Bumiputera 2016 (Best 2016) di biayai oleh Yayasan Pelajaran Mara (YPM) dengan kerjasama Biro Pendidikan Puteri Umno Malaysia.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi bantuan persekolahan kepada wakil setiap daerah di Malaysia. Bantuan untuk 1 kawasan terdiri daripada 100 beg sekolah, 100 bekas pensil dan 100 botol air. Pelajar yang terpilih telah disenaraikan mengikut sekolah dan daerah./SayangSabah 

Salmi menyampaikan bantuan kepada salah seorang penerima bantuan sempena program berkenaan.

Salmi menyampaikan bantuan kepada salah seorang penerima bantuan sempena program berkenaan.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan