Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,651

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

100 orang MOSAR disasarkan sebagai persediaan menghadapi bencana

2:50pm 11/12/2015 Leolerry Lajius 24 views Tempatan

mangsa2-600x367

KOTA KINABALU: Seramai 100 orang Pegawai Bomba Bantuan ‘Mountain Search and Rescue’ (MOSAR) akan dipilih sebagai persediaan menghadapi sebarang bencana dan kecemasan seperti gempa bumi yang berlaku di daerah Ranau pada 5 Jun yang lepas.

Setakat ini seramai 40 orang MOSAR telah dipilih dan pemilihan akan diadakan dari masa ke semasa sehingga mencapai sasaran 100 orang.

Menurut Penolong Ketua Pengarah Bahagian Latihan Jabatan Bomba dan Penyelamat Mohammad Hamdan  Haji Wahid, MOSAR yang berpusat di Balai Bomba Ranau telah ditubuhkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat susulan kejadian gempa bumi yang berlaku di daerah itu.

“Pemilihan untuk menjadi anggota MOSAR ini adalah terbuka kepada orang ramai dan individu yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan akan menjalani latihan selama 10 hari sebelum ditauliahkan sebagai anggota MOSAR tetapi mereka juga akan menjalani latihan dari semasa ke samasa,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media sempena majlis pentauliahan Pegawai Bomba Bantuan siri ke-2  tahun 2015 di dewan serbaguna Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Sabah.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

 

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan