Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,664

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

100 mayat terdampar di pantai

9:57am 04/06/2016 Pak Roshan 21 views Global
PEGAWAI Libya mengangkat mayat pendatang yang ditemui terdampar di pantai Zuwara.

PEGAWAI Libya mengangkat mayat pendatang yang ditemui terdampar di pantai Zuwara.

Tripoli : Mayat sekurang-kurangnya 100 pendatang yang mati lemas ketika cuba menyeberang Laut Meditteranean ditemui di pantai berhampiran bandar Zuwara di barat Libya, semalam.

Pegawai Bulan Sabit Merah, Al-Khamis al-Bosaifi berkata, kebanyakan mereka dipercayai berasal dari benua kecil Sahara Afrika.

Bagaimanapun, pihaknya masih belum dapat memastikan bila mangsa lemas memandangkan kebanyakan mayat itu sudah reput.

Antara yang ditemui ialah dua mayat kanak-kanak, kata Al-Khamis.

Ratusan pendatang terbunuh dalam kemalangan bot minggu lalu apabila jumlah mereka yang berlepas dari kawasan pantai di Afrika utara untuk ke Itali meningkat.

Jurucakap pengawal pantai Libya berkata, tidak ada bot pendatang dipintas sejak tiga hari lalu kerana keadaan laut yang bergelora menyukarkan rondaan.

Dalam perkembangan lain, pihak berkuasa Greece berkata, pasukan pengawal pantainya menyelamatkan ratusan penumpang sebuah kapal yang karam di luar pantai Pulau Crete, semalam,

Pasukan mencari dan menyelamat dikerah ke kawasan itu, kira-kira 150 kilometer nautika ke selatan Crete.

Setakat ini tidak ada maklumat mengenai kerakyatan pendatang atau mangsa diberikan.

Menurut media Greece, kapal kayu itu berlepas dari sebuah pantai di negara Afrika. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan