Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,646

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

100 juta mengundi

1:47pm 10/12/2015 Pak Roshan 2 views Global
PENGUNDI yang memakai pakaian penari tradisional Bali mengundi di sebuah pusat pembuangan undi di Bali, semalam.

PENGUNDI yang memakai pakaian penari tradisional Bali mengundi di sebuah pusat pembuangan undi di Bali, semalam.

Jakarta: Jutaan rakyat Indonesia keluar mengundi semalam dalam pilihan raya tempatan yang dijalankan serentak di seluruh negara.

Dalam pilihan raya itu, kira-kira 100 juta pengundi akan memilih 269 gabenor wilayah, ketua daerah dan datuk bandar.

Pilihan raya secara langsung untuk memilih pemimpin tempatan diperkenalkan sedekad lalu, sebagai satu bentuk pembaharuan demokrasi selepas tumbangnya pemerintahan diktator Suharto selama 31 tahun pada 1998.

Karier politik Presiden Indonesia, Joko Widodo juga bermula melalui sistem ini apabila dipilih sebagai datuk bandar Surakarta.

Pilihan raya tempatan itu dimansuhkan tahun lalu oleh Parlimen selepas didesak pembangkang, tetapi dikembalikan beberapa bulan kemudian kerana bantahan rakyat.

Ini kali pertama pilihan raya tempatan dijalankan serentak selepas ia diadakan secara berasingan sebelum ini.

Kerajaan mengerahkan lebih 192,000 anggota polis dan 35,000 askar untuk mengawal keselamatan proses mengundi yang diadakan di 34 daripada 36 wilayah di negara itu.

Pegawai pilihan raya berharap, proses pemilihan yang dijalankan serentak itu menjadikan sistem itu lebih efisien dan menjimatkan wang.

Kerajaan merancang untuk mengadakan semua pilihan raya tempatan secara serentak selepas ini.

Bagaimanapun, pegawai pilihan raya berdepan tugas sukar untuk membawa peti undi kepada pengundi di seluruh negara yang menjangkau tiga zon waktu dan yang tinggal di hutan terpencil.

Keputusan penuh semua pilihan raya itu dijangka diketahui beberapa hari lagi.- AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan