Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,726

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

100 cef masak piza 2 kilometer

9:43am 20/05/2016 Pak Roshan 51 views Global
PIZA yang disediakan itu mengambil masa 11 jam untuk dimasak menggunakan kayu api.

PIZA yang disediakan itu mengambil masa 11 jam untuk dimasak menggunakan kayu api.

Naples: Sekumpulan cef bergabung tenaga untuk memasak piza terpanjang di dunia – sepanjang dua kilometer di tepi pantai Itali, kelmarin.

Untuk menyediakan piza yang dimasak dengan kayu api itu, mereka menggunakan 2,000 kilogram (kg) tepung, 1,600kg tomato, 2,000kg mozarela, 200 liter minyak, 30kg basil segar dan 1,500 liter air.

Seramai 100 tukang masak mengambil masa 11 jam untuk memasak piza itu dan mereka berharap dapat memecahkan rekod dunia yang ada sekarang iaitu piza sepanjang 1,595 meter yang dimasak di satu ekspo bertemakan makanan di Milan tahun lalu.

Alessandro Marinacci dari Naples’ Pizza Village menganjurkan cubaan itu bersama syarikat pengeluar tepung tempatan, Caputo.

“Ia sesuatu yang membanggakan bagi bandar ini, tempat piza dilahirkan,” kata Marinacci.

Rekod sekarang untuk piza terpanjang di dunia adalah 1,595.45 meter yang dimasak di Ekspo Milan 2015 di Milan pada Jun tahun lalu.

Ia dibuat menggunakan 1.5 tan keju mozarela dan dua tan sos tomato. Dengan berat lima tan, piza itu mengambil masa 18 jam untuk dimasak oleh lebih 60 cef. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan