Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,796

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna

12:38pm 23/01/2016 Zakir Sayang Sabah 70 views i-Muslim
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Imam Hasan Al-Banna merupakan seorang pejuang yang gigih dan berani, berjaya menyedarkan masyarakat dengan fikrah dan pendekatan barunya dalam gerakan dakwah dan manhaj tarbiahnya yang syumul. Walaupun beliau telah pergi menemui Ilahi, namun fikiran dan gerak kerjanya masih menjadi rujukan dan pegangan pejuang pejuang dan harakah Islamiah pada hari ini. Mari kita hayati pesanan-pesanan beliau kepada umat islam khasnya dalam menyusuri kehidupan seharian untuk ke akhirat kelak.

1.قم إلى الصلاة متى سمعت النداء مهما كانت الظروف.
Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

 

2. أتل القران أو طالع أو استمع أو ذكر الله ولا تصرف جزءا من وقتك في غير فائدة.

Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis- majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

 

3. اجتهد أن تتكلم بالعربية الفصحى فإن ذلك من شعائر الإسلام.
Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

 

4. لا تكثر الجدل في أي شان من الشؤون أيا كانت فإن المراء لا يأتي بخير
Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara, sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

 

5. لا تكثر الضحك فإن القلب الموصول بالله ساكن ووقور.
Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

 

6. لا تمزح فإن الأمة المجاهدة لا تعرف إلا الجد
Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

 

7. لاترفع صوتك أكثر مما يحتاج إلية السامع فإنه رعونة وإيذاء.
Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu rasmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

 

8. تجنب عيبه الأشخاص وتجريح الهيئات ولا تتكلم إلا بالخير.
Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

 

9. تعرف إلى من تلقاه من أخوانك وان لم يطلب إليك ذلك. فأن أساس دعوتنا الحب والتعارف.
Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

 

10. الواجبات أكثر من الأوقات فعاون غيرك على الانتفاع بوقته.وإن كان لك مهمة فأوجز في قضائا
Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

(Sumber: MyIbrah.com)

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan