Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,670

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

10 Wanita Thai Terselamat Dari Pemerdagangan

7:43pm 02/11/2016 Pak Roshan 864 views Jenayah,Mutakhir
gambar hiasan

gambar hiasan

KOTA KINABALU – Polis di sini berjaya menyelamatkan 10 wanita Thailand dari aktiviti pemerdagangan orang hasil serbuan ke atas dua buah hotel di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu, Isnin lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Sabah, Datuk Salehhudin Abd Rahman berkata seorang wanita Thai berumur 29 tahun yang memiliki pasport ditahan ketika polis menyerbu sebuah hotel di kawasan KK Times Square, kira-kira jam 11 malam.

Menurutnya ketika menyerbu sebuah lagi hotel di Jalan Belia, kira-kira jam 11.30 malam, polis menyelamatkan sembilan lagi wanita Thailand berumur antara 18 hingga 33 tahun, kesemuanya memiliki pasport.

Katanya dalam serbuan ke atas kedua-dua buah hotel berkenaan, dua lelaki tempatan berumur 23 tahun dan 25 tahun turut ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pemerdagangan orang itu.

“Kedua-dua suspek direman sehingga 7 Nov bagi membantu siasatan dan kesemua mangsa yang telah diselamatkan akan dihantar ke rumah perlindungan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Salehhudin berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 13, Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan