Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

10 Teknik Membentuk Personaliti Islam Dalam Diri Anak-Anak Anda

Gambar Hiasan

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Itulah perkongsian dari Dr. Aisha Hamdan menerusi bukunya yang bertajuk ‘Nurturing Eeman in Children.’

Kita boleh mengambil contoh ‘Abdullah bin ‘Abbas yang mengekori Rasulullah ke mana-mana semasa kecilnya. Beliau melihat dan mendengar kata-kata Rasulullah sehinggalah beliau sendiri berjaya menghafal 1600 hadith.

Begitu juga dengan ‘Abdullah ibn az-Zubayr yang menunjukkan keberaniannya menentang musuh Islam di dalam perang seawal usia 5 tahun.

Menurut Dr. Aisha, berikut adalah teknik yang boleh digunakan bagi membentuk personaliti Islam dalam diri anak-anak:

#1 – Didik Mereka Memahami Semua Perkara Menurut Perspektif Islam

Didik anak-anak untuk melihat dunia ini menerusi kaca mata Islam. Jadikan Al-Qur’an dan Sunnah sebagai panduan dan bimbingan mereka.

Sekiranya timbul sesuatu isu, didik mereka untuk merujuk kepada kedua-dua sumber ini bagi mencari jalan penyelesaian.

#2 – Didik Kepentingan Patuh Kepada Ibu Bapa

Didik anak agar mematuhi perintah ibu bapa. Patuh kepada perintah Allah dan Rasul-Nya adalah keutamaan.

Antara perintah Allah adalah patuh kepada kedua ibu bapa dalam hal-hal yang tidak melanggar perintah-Nya.

#3 – Kepatuhan Dalam Diri Semua Ahli Keluarga

Untuk mendidik anak-anak yang patuh, ibu bapa perlulah terlebih dahulu menunjukkan contoh kepatuhan.

Seorang isteri perlu patuh kepada suaminya. Begitu juga anak-anak ditekankan agar patuh kepada ibu bapanya. Namun, semua ini mestilah dalam ruang kepatuhan yang tidak melanggar perintah Allah.

Konsep kepatuhan yang dididik di dalam keluarga akan mengajar anak-anak untuk mengaplikasikannya di luar rumah seperti patuh kepada guru dan juga kepada ketua. Ini akan membuka ruang ilmu, kuat berdepan cabaran dan mengambil iktibar dari kesilapan.

#4 – Menggalakkan Fokus Kepada Nilai-Nilai Mulia

Teknologi seperti televisyen, internet dan permainan video telah melekakan anak-anak pada masa ini.

Lantas, mereka terlepas pandang mengenai dunia realiti yang lebih memerlukan tumpuan nilai mulia dalam diri. Bukan sahaja umat Islam ditindas, malah ada banyak lagi penindasan yang berlaku di dunia.

Buka mata anak-anak agar nilai murni ini dijadikan keutamaan. Didik mereka untuk berasa simpati dan kasihan belas kepada mereka yang tidak bernasib baik.

#5 – Mendidik Anak-Anak Dengan Nilai-Nilai Murni

Nilai-nilai murni seperti bersedekah, belas kasihan, aman, dan keadilan perlu diajar kepada anak-anak. Inilah sebenarnya asas kepada agama.

Ajak mereka untuk terlibat dalam aktiviti sukarelawan seperti menyimpan wang dan mengumpul barang untuk didermakan kepada mereka yang memerlukan.

Beritahu mereka yang kasih sayang Allah meletakkan mereka ini dalam keadaan yang berbeza daripada kita semua. Ini akan membantu kanak-kanak untuk merasai hidup sebagai seorang muslim dan bermasyarakat.

Lama-kelamaan, nilai murni ini akan menjadi sebahagian daripada dirinya. Dia akan melayan orang lain dengan kebaikan dan merasai rahmat Allah swt.

#6 – Menjadi Contoh Ikutan Yang Bagus

Contoh ikutan terbaik adalah Nabi Muhammad S.A.W. Namun, untuk permulaan, ibu bapalah individu terdekat dan terbaik untuk menjadi contoh ikutan anak-anak.

Kanak-kanak banyak mengambil idea tentang nilai hidup melalui orang yang dekat dengan mereka dan juga interaksi bersama mereka.

Kerana itu mereka juga mudah terpengaruh dengan mereka yang dianggap istimewa atau orang terkenal.

Maka, berusahalah untuk menjadi contoh ikutan terbaik dengan menerapkan nilai Islam dalam personaliti kita.

#7 – Menggalakkan Rasa Bangga Menjadi Seorang Muslim

Bangga di sini bukanlah bermaksud riak atau takbur. Ia membawa makna rasa bermaruah, keyakinan, dan komitmen untuk membawa nama Islam demi Allah S.W.T.

Anak-anak perlu mendapatkan rasa yakin diri kerana dilahirkan sebagai seorang Muslim.

#8 – Menanam Rasa Cinta Kepada Jihad

Pada masa ini perkataan jihad seringkali kedengaran namun kerap-kali disalahgunakan di samping ditonjolkan dalam keadaan negatif. Ia dikaitkan dengan peperangan, pembunuhan, dan bunuh diri.

Erti jihad dalam Islam sebenarnya lebih luas dan bermakna. Jihad bererti berusaha di jalan Allah untuk menyemai Islam di dalam hati, di kediaman kita, di dalam komunti dan negara.

Ia menentang ketidakadilan, kezaliman, eksploitasi dan penolakan keperluan asas manusia. Maka jihad juga dikaitkan dengan solat dan berbuat baik kepada ibu bapa.

#9 – Bercakap Tentang Wira-Wira Generasi Awal, Peperangan Islam Dan Kejayaan

Kenalkan anak-anak dengan sejarah Islam, tokoh-tokoh, para ilmuwan, dan kejayaan yang mereka perolehi.

Kaitkan ia dengan pertolongan Allah S.W.T yang semestinya menjadi asas pegangan kita. Bercerita tentang wira-wira sejarah Islam dan para sahabah akan memberi keberanian dan semangat kepada anak-anak.

#10 – Meletakkan Islam Utama Sebelum Bangsa Dan Kenegaraan

Islam menolak semangat perkauman dan kenegaraan yang hanya akan membantutkan perkembangan Islam.

Kanak-kanak perlu dididik tentang agama datang lebih dahulu berbanding perkauman dan kenegaraan. Ini kerana setiap umat Islam adalah bersaudara tanpa mengenal warna kulit.

(Sumber: Tazkirah.net oleh Anas)

Komen


Berita Berkaitan