Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,811

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

10 tahun tinggal di kafe siber

11:24am 25/11/2015 Pak Roshan 515 views Global
WANITA berkenaan memeluk ibunya ketika bertemu buat kali pertama selepas 10 tahun.

WANITA berkenaan memeluk ibunya ketika bertemu buat kali pertama selepas 10 tahun.

Beijing: Sepuluh tahun selepas melarikan diri dari rumah, seorang wanita berusia 24 tahun akhirnya pulang minggu lalu, memeranjatkan keluarganya yang selama ini menyangka dia sudah meninggal dunia.

Wanita berkenaan melarikan diri dari rumahnya di
Hengdian di wilayah Zhejiang ketika berusia 14 tahun selepas bertengkar dengan ibunya.

Sepanjang tempoh itu, dia menumpang tinggal di beberapa kafe siber.

Kisahnya terbongkar selepas dia ditahan polis di sebuah kafe Internet di Hangzhou minggu lalu kerana menggunakan kad pengenalan palsu.

Dia mengaku melarikan diri dari rumah, makan dan tidur di beberapa kafe siber.

Apabila tidak makan atau tidur, dia akan menghabiskan masa bermain permainan online.

Tanpa pekerjaan, wanita itu mengharapkan simpati daripada pengunjung lain, lapor portal berita Tencent.

Polis menelefon bapanya yang bergegas ke Hangzhou untuk membawanya pulang.

Ibunya memberitahu wartawan, dia berjanji tidak akan bertengkar lagi dengan anaknya.

Pendekatan wanita tua itu bertentangan dengan sebahagian ibu bapa di China yang terpaksa menghantar anak mereka ke kem ala tentera bagi mengubati ketagihan terhadap Internet. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan