Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

10 TAHUN PENJARA BAGI 4 WARGA INDONESIA CUBA LANCAR SERANGAN KEGANASAN DI SELATAN FILIPINA DARI SABAH

Empat warganegara Indonesia diiring oleh anggota polis Cawangan Khas E8 (Anti Pengganas) Bukit Aman hadir ke Mahkamah Tinggi, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Ehsan Sumber

KOTA KINABALU: Empat warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara 10 tahun setiap satu oleh Mahkamah Tinggi di sini kerana menggunakan Malaysia sebagai tempat persinggahan untuk melancarkan serangan pengganas di negara asing tahun lalu.

Suhantok Sahir, 31, Juhesdi Jaya, 35, Muhamad Saripuddin Ahmad, 38 dan Ali Abdulloh Narawi, 31 mengaku bersalah di hadapan Hakim Dr Awil Abdul Wahab hari ini.

Dr Awil turut mengarahkan keempat-empat dihantar balik ke negara asal mereka selesai menjalani hukuman.

Keempat-empat tertuduh yang telah tinggal di Sabah sejak bulan November secara haram telah ditangkap oleh sepasukan polis dalam sebuah bot di perairan Tanjung Aru, Sandakan lebih kurang jam 11.50malam pada 4 Disember tahun lalu.

Siasatan lanjut mendapati kesemua tertuduh telah dikesan oleh pihak ESSCOM sebagai pejuang pengganas asing yang cuba menyusup masuk ke Pulau Jolo di Selatan Filipina melalui Sandakan untuk menyertai kumpulan pengganas dan melakukan perbuatan keganasan.

Kesemua tertuduh, salah seorang adalah bekas polis Indonesia berpangkat sarjan telah bekerja sebagai buruh perladangan sepanjang masa mereka berada di Sabah.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 130JA Kanun Keseksaan (Akta 574) dan diwakili oleh Farazwan Haxdy, peguam yang dilantik oleh Konsulat Indonesia.

Kesemua mereka juga telah menjalani hukuman penjara lima bulan dibawah Seksyen 6 Akta Immigresen atas kesalahan memasuki negara secara haram.

Pihak berkuasa Malaysia diwakili oleh Timbalan Pendakwaraya Mohd Izhanudin Alias.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan