Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

10 tahun dalam perut

DOKTOR menunjukkan wayar pendakap gigi yang berjaya dikeluarkan melalui pembedahan. – Agensi

 

Perth: Seorang wanita terkejut apabila mendapati sakit perut yang dialaminya berpunca daripada satu wayar pendakap gigi yang ditelannya tanpa disedari 10 tahun lalu.

Wanita berusia 30 tahun itu mendapat rawatan di sebuah hospital di sini baru-baru ini selepas mengadu sakit perut selama dua hari.

Doktor yang membuat imbasan CT menemui satu objek asing di dalam perut wanita itu.

Selepas imbasan CT doktor segera membuat pembedahan kecemasan bagi mengeluarkan objek berkenaan.

Apabila objek itu dikeluarkan, doktor terkejut apabila mendapati ia sebenarnya wajar yang digunakan pada pendakap gigi.

Doktor pada mulanya menyangka wanita itu tertelan tulang ikan atau sesuatu yang sama saiz tanpa sengaja dan menyebabkan perutnya sakit.

“Wayar sepanjang tujuh sentimeter ini masih mempunyai bentuk bulatan dan objek itu yang membuatkan wanita ini sakit perut.

“Kebiasaannya kami menemui tulang ikan yang menyebabkan perut sakit tetapi apa yang dialami wanita itu luar biasa,” kata seorang pakar bedah, Dr Talia Shepherd.

Ujarnya, wanita itu memberitahu, dia memakai pendakap gigi kira-kira 10 tahun lalu tetapi tidak ingat dia menelan wayar atau menyedari peralatan itu hilang.

“Mungkin wanita itu tertelan wayar pendakap gigi ini ketika tidur kerana dia tidak menyedari kejadian berkenaan.

“Wanita itu bernasib baik kerana wayar ini tidak menyebabkan kecederaan yang serius,” jelasnya. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan