Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

10 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau

pasir putih terbakar

TAWAU – Sepuluh buah rumah papan musnah dalam kebakaran di Kampung Pasir Putih di sini, hari ini, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Tawau Rudy Fredzek berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 11.37 pagi dan sampai ke tempat kejadian kira-kira 10 minit kemudian.

“Seramai 26 anggota dan tiga buah jentera dikejarkan ke tempat kejadian dan kami berjaya mengawal kebakaran pada pukul 12.30 tengah hari,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata pihak bomba mengalami kesukaran memadam kebakaran berikutan jalan sempit dan tekanan air rendah.

Rudy berkata punca kebakaran dan jumlah kerugian sedang disiasat.

Komen


Berita Berkaitan