Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

10 ribu pengunjung meriahkan Pesta Kalimaran

Zahid (tiga dari kanan) melancarkan gimik perasmian Pesta Kalimaran Peringkat Negeri Sabah 2018.

Tenom: Hampir 10 ribu pengunjung memeriahkan Majlis Perasmian Pesta Kalimaran Peringkat Negeri Sabah 2018 di sini, pagi tadi.

Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Panglima Musa Aman berkata, penganjuran pesta berkenaan berjaya menyatupadu rakyat di negeri ini.

“Dengan penganjuran pesta ini, secara tidak langsung menyatukan kita dalam semangat perpaduan dan keharmonian yang terjalin erat sesuai dengan semangat 1Malaysia.

“Kehadiran Timbalan Perdana Menteri hari ini juga menyuntik semangat dan iltizam kepada rakyat Sabah untuk terus memartabatkan kekayaan warisan dan khazanah tradisi kita,” ujarnya.

Tambah Musa, penganjuran pesta kali ke-12 itu semakin bertambah baik dengan pelbagai pembaharuan dan penambahbaikan.

“Penambahbaikan yang dilakukan akan memberi nilai tambah dan seterusnya akan dapat meningkatkan kehadiran pengunjung ke pesta ini.

“Semoga hasrat kita untuk memupuk perpaduan melalui kebudayaan akan berupaya mencapai matlamatnya dan mewujudkan masyarakat yang hidup dalam keadaan aman, damai dan harmoni,” jelasnya dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Ketua Negeri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Pesta tersebut dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Panglima Dr Ahmad Zahid Hamidi yang hadir bersama isteri, Datin Seri Hamidah Khamis.

Hadir sama adalah Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Seri Panglima Radin Malleh dan Presiden Persatuan Murut dan merangkap Penasihat Jawatakuasa Pelaksana Sambutan Pesta Kalimaran Peringkat Negeri Sabah 2018, Datuk Rubin Balang./Penerangan-

Zahid (tengah, hadapan) turut merakam gambar bersama masyarakat Murut Sabah.

Komen


Berita Berkaitan