Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,736

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

10 penduduk Kg. Gudon terima sumbangan RKM Sabah

1:37pm 19/06/2016 Elezebeth Esther Onjining 126 views Tempatan
WAN (dua kiri) dan Mizma (tiga kiri) menyerahkan sumbangan kepada salah seorang penerima

WAN (dua kiri) dan Mizma (tiga kiri) menyerahkan sumbangan kepada salah seorang penerima

SEPANGGAR- Seramai 10 orang dari Kampung Gudon, Menggatal menerima sumbangan daripada Rakan Kembara Malaysia (RKM), hari ini.

Antara sumbangan yang diterima adalah berbentuk barangan keperluan asas serta wang tunai daripada RKM Sabah.

Menurut Pengerusi RKM Sabah, Mizma Apehdullah, program tersebut bertujuan untuk mendekati serta membantu golongan yang tidak bernasib baik agar dapat bersama- sama menyambut bulan Ramadan dengan lebih bermakna.

“Kumpulan sasar program ini terdiri daripada masyarakat miskin, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal dan warga emas.”katanya sempena Program Ziarah Ramadan RKM Sabah, disini.

Katanya, golongan tersebut sering disisihkan dan kebanyakan mereka tidak menghadiri program kemasyarakatan yang dianjurkan pelbagai pihak disebabkan uzur.

Selain itu, beliau berkata program tersebut dapat menceriakan golongan sasar itu selain menghulurkan sedikit bantuan.

“Program Ziarah ini ternyata memberi kesan yang mendalam kepada golongan berkenaan sejajar dengan hasrat kerajaan bagi membentuk masyarakat penyayang,” katanya.

Beliau berharap agar program seperti itu diperbanyakkan pada masa hadapan yang mana ia mampu mengeratkan hubungan baik antara pemimpin dan rakyat.

Turut hadir sama ialah Presiden Rakan Kembara Malaysia, Wan Salwati Abdullah. -Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan