Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

10 pemandu disaman

KOTA KINABALU – Sebanyak 10 keping saman dikeluarkan terhadap pengguna jalanraya atas pelbagai kesalahan lalulintas dalam satu sekatan jalan di Jalan Lintas Hill Top di sini awal pagi hari ini.
Manakala, sembilan individu lagi ditahan mengikut Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol yang berlebihan.
Seramai 15 anggota diketuai seorang pegawai polis trafik cawangan Kota Kinabalu terlibat dalam operasi itu.
Sebanyak 22 buah kenderaan diperiksa dalam sekatan jalan yang bermula jam 1.30 pagi hingga 4.00 pagi itu.
M-Cad digunakan sepenuhnya dilokasi tersebut untuk pemeriksaan Sistem PDRM (Saman) dan Sistem JPJ (Lesen memandu/cukai jalan/pemilik kenderaan). – oleh Nuzir Andi Samsiar / sayangsabah

 PicsArt_1420891561699

Komen


Berita Berkaitan