Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,651

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

10 pemancing, 2 kru dan seorang tekong ditemui selamat

10:37am 11/10/2016 Leolerry Lajius 154 views Kota Kinabalu,Tempatan
Bot mangsa yang ditunda oleh KD JERONG.-Gambar Oleh Alex Mairin

Bot mangsa yang ditunda oleh KD JERONG.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Mangsa bot hilang yang dilaporkan hilang sejak 9 Oktober lalu ditemui selamat dan telah kembali ke pangkuan keluarga masing-masing.

Mangsa  melibatkan 10 orang pemancing, dua kru dan seorang tekong bot yang dilaporkan hilang selepas keluar memancing sejak jumaat lepas.

Menurut Panglima Wilayah Laut 2 TLDM Laksamana Muda Datuk Khairul Anuar Yahya, bot mangsa telah ditemui kelmarin namun disebabkan oleh cuaca buruk operasi menunda bot mangsa terpaksa memakan masa yang lama.

“KD JERONG milik TLDM telah menunda bot pancing ini lebih kurang 60 batu nautika dari pangkalan TLDM yang mana sepatutnya tiba pada hari semalam tetapi disebabkan oleh cuaca yang buruk bot ini hanya berjaya dibawa ke sini pada hari ini,” katanya ketika ditemui media di sini, hari ini.

Beliau turut menyatakan bahawa kesemua mangsa di dalam keadaan sihat dan selamat.

Operasi pencarian melibatkan 23 orang anggota TLDM, 60 orang anggota APMM serta turut melibatkan TUDM serta pasukan rakan udara PDRM.-Oleh Leolerry Lajius/SayangSabah

Mangsa yang terbabit dalam kejadian berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Mangsa yang terbabit dalam kejadian berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan