Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

10 orang PCD dilantik memantau suku kaum etnik Sungai

12:30pm 31/01/2016 Elezebeth Esther Onjining 48 views Tempatan
Neg

Masiung bersama ahli-ahli PSBS dan pengerusi cawangan daerah. Foto oleh Jimmy Tan/ SayangSabah

KOTA KINABALU- Satu majlis Penyerahan Surat Pelantikan kepada seramai 10 orang Pengerusi Cawangan Daerah (PCD) PSBS telah berlansung di Hotel Yaho, disini, semalam

Presiden Persatuan Warisan Etnik Sungai Bersatu Sabah (PSBS), Datuk Masiung Banah berkata tujuan utama pelantikan tersebut adalah untuk membantu dalam merancang, menyelidik, membangun dan mendokumentasikan bahan-bahan warisan dan adat resam etnik sungai di Sabah.

“Kita meletakkan pengerusi di setiap daerah untuk menelaah setiap amalan Etnik Sungai dari pelbagai aspek termasuk bahasa, cara makan, kebudayaan dan pemakaian”, kata beliau.

Menurut beliau lagi, tujuan penubuhan PSBS adalah untuk membantu pihak kerajaan untuk mengekalkan perpaduan di negara ini.

Beliau berkata demikian ketika sidang media sempena Majlis Penyerahan Surat Pelantikan kepada Pengerusi Cawangan Daerah (PCD) PSBS

Katanya, para pengerusi yang dilantik akan diletakkan dan memantau daerah mempunyai bilangan banyak suku kaum Sungai ialah Daerah Tongod, Pitas, Sandakan, Kudat, Paitan, Kinabatangan, Labuk, Beluran, Membakut, Ranau, Lahad Datu dan Kota Kinabalu.

Disamping itu, Masiung berkata bahawa PSBS terbuka kepada semua persatuan-persatuan berasaskan suku kaum atau etnik Sungai dan juga persatuan-persatuan Sungai di peringkat daerah.

“Kita tidak bermaksud untuk bersaing dengan mana-mana persatuan etnik yang telah lama wujud di negeri ini, tetapi kami hanya mahu bekerjasama dengan semua etnik-etnik yang ada di negeri ini untuk mengangkat martabat warisan etnik-etnik tersebut”, kata Masiung- Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Masiung (tengah) ketika sidang media sempena majlis penyerahan surat pelantikan PCD, di Hotel Yaho, di sini, semalam. Foto oleh Jimmy Tan/ SayangSabah

Masiung (tengah) ketika sidang media sempena majlis penyerahan surat pelantikan PCD, di Hotel Yaho, di sini, semalam. Foto oleh Jimmy Tan/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan