Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

10 orang PATI dipenjara empat bulan

KOTA KINABALU- Sejumlah 10 orang warga asing termasuk seorang wanita dihukum penjara empat bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen, disini, hari ini atas kesalahan memasuki ke negara ini tanpa pas yang sah
Tertuduh adalah Edmer Gutang,25 , Hashim Jalal,23, Norshidah Laini, 23, Long-Long Parito, 26, Saifuddin Alani, 52, Roslan Hudian, 24, Saikal Eskali, 22, Omar Maulah, 21, Zul Amil, 57, Sudirman Pawa, 22 yang dibawa ke hadapan Hakim Azreena Aziz mengaku salah atas pertuduhan yang dibacakan terhadap mereka.
Kesemua tertuduh dihukum dibawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukan denda tidak melebihi RM 10,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali, dan boleh juga dikenakan sebatan tidak melebihi enam kali.
Mahkamah turut memerintah agar kesemua tertuduh dirujuk ke Jabatan Imigresen bagi tujuan pengusiran setelah selesai menjalani hukuman.
Pendakwaan dilakukan oleh Inspektor Azaman Hamat. -Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan