Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

10 keluarga kurang berkemampuan terima sumbangan

Kota Kinabalu : Biro Agama Umno dan Dakwah Kota Kinabalu melaksanakan tanggungjawab dengan memberi sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan kepada 10 keluarga yang kurang berkemampuan di Kampung Likas di sini.

Timbalan Ketua Umno Kota Kinabalu, Datuk Seruji Nawawi berkata sumbangan berkenaan bertujuan membantu meringankan beban keluarga itu.

“Usaha ini bukan sahaja memberi erti yang besar dalam membantu golongan yang memerlukan bantuan malahan dapat memupuk serta merapatkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat setempat serta peka terhadap keperluan dan masalah masyarakat memerlukan sumbngan”, ujarnya.

Jelas Seruji Kerajaan Barisan Nasional (BN)  sentiasa berusaha membantu golongan kurang berkemampuan tanpa mengira musim sekali gus membuktikan kesediaan menunaikan tanggungjawab membela masyarakat secara berterusan.

Beliau berkata demikian selepas Program Membara Sentuhan Kasih Menyusur Akar Umbi epada 10 buah keluarga kurang berkemampuan di Kampung Likas. Anjuran Biro Agama dsn Dakwa Umno Bahagian Kota Kinabalu.

Turut hadir sama Naib Ketua Pemuda Umno Kota Kinabalu, Razman Baddu serta penerima sumbangan./SayangSabah
Sumbangan…..Seruji menyampaikan sumbamgan kepada salah seorang keluarga drp 10 orsng yang kurang berkemampuan.

Komen


Berita Berkaitan